bendahara
temenggong
shahbandar
bentara
laksamana
demo silat cekak ustaz hanafi
olahragawati
olahragawan
semalam merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh warga SMKTP iaitu Kejohanan Sukan dan Balapan kali ke-17 yang diadakan di IKBN Dusun Tua . pagi tuh aku bangun awal sikit daripada biasa wahh semangatnya aku hehe sebenarnya takut kena tinggal bas . dah mandi , bersiap semua aku terus keluar rumah menuju ke bus stop sekolah dengan menaiki teksi . mereka yang terlibat dengan acara 100m , 200m , 800m cikgu izinkan dyorang naik bas dulu sebab acara tuh dilangsungkan pada waktu pagi . so siapa yang tak terlibat dengan acara tersebut perlu naik bas yang lain . sampai je kat sana terus cari tempat duduk . baiklah acara 100m , 200m dan 800m sedang dilangsungkan aku hanya mampu melihat dan memberi sokongan . hehe takan nak berlari plak kan . acara dilangsungkan dengan acara perbarisan bagi setiap rumah sukan iaitu temenggong , shahbandar , laksamana , bentara dan bendahara . acara seterusnya ialah demo silat cekak ustaz hanafi . pada jam 12 tengah hari hingga 2 petang semua pelajar dan guru rehat untuk makan dan menunaikan solat zohor . selepas itu acara diteruskan dengan acara larian 400m , 4x400m , 100m , 4x100m bagi semua kategori iaitu P1 , P2 , P3 , L1 , L2 , L3 . aku terlibat dengan acara 400m , 4x400 dan 4x100m alhamdulillah kesemua acara larian aku mendapat pingat iaitu emas , perak dan gangsa . acara larian berakhir dengan 4x400m . tiba masanya untuk penyampaian hadiah dan keputusan kedudukan rumah sukan .
juara - TEMENGGONG
naib juara - SHAHBANDAR
ketiga - LAKSAMANA



